Friday, 20 July 2012

Dugaan Semasa Bertunang...


Dugaan selepas bertunang sememangnya menjadi topik hangat dan paling ditakuti terutama kaum wanita yang bakal melangsungkan perkahwinan. Mengikut statistik hampir 69% pasangan yang sering memutuskan pertunangan pada saat-saat akhir sedangkan segala persiapan perkahwinan telah dilakukan seperti:
1. Kad kahwin telah ditempah dan diedarkan pada saudara-mara, rakan-rakan, orang kampung dan lain-lain.
2. Baju nikah dan bersanding dah siap ditempah tunggu masa untuk dipakai.
3. Bilik tidur telah digantikan segala peralatan yang baru.
4. Deposit untuk katering juga telah dibuat.
dan banyak lagi..

Anda ingatkan isu putus tunang ini berlaku pada selebriti atau artis yang terkenal jer tetapi silap sama sekali kerana ia turut melibatkan orang biasa seperti kita juga. Mana tidaknya banyak isu-isu begini sentiasa mendapat tempat di dada akhar dan media elektronik. Saya pun merasa pelik kenapa perkara ini sering berlaku sedangkan masa bercinta segalanya indah, sanggup hadapi segala dugaan bersama, ingin membina rumahtangga bahagia dan pelbagai janji-janji manis.
Tetapi segalanya berubah selepas beberapa bulan ikatan pertunangan berlangsung pelbagai dugaan yang mendatang bukan sekali dua malah bertalu-talu bagaikan “peluru“. Apa yang dilakukan serba tak kena dan betul kata pepatah orang lama “Jangan tunang lama-lama, Dugaan banyak yang harus ditempuhi“.

Baiklah saya akan kongsikan 5 dugaan bertunang berdasarkan pengalaman sendiri dan kajian yang dilakukan:
[+] Tetiba Cemburu buta dan tidak menentu masa – Ada sahaja topik dan perbualan yang ditimbulkan oleh pasangan kita sedangkan perkara yang kita lakukan pernah diterjadi sewaktu bercinta dulu tapi tak pernah ada masalah.
[+] Cepat terasa hati – Dulu nak bergurau ker, nak usik-usik sikit tak jadi masalah, tetapi sejak bertunang ini asyik nak melenting dan cepat marah, cepat merajuk dan cepat terasa.
[+] Ego tahap melampau – Ya, sifat ini memang tak boleh lari sekiranya anda dalam ikatan pertunangan. Selalunya ego terjadi sewaktu proses membeli barang perkahwinan dan mempertahankan kesilapan serta kesalahan yang dilakukan.
[+] Sentiasa bertekak dan bergaduh – Memang tak dinafikan, perkara sebegini sentiasa berlaku tidak kira semasa bercinta, bertunang ataupun berkahwin. Anda mesti ingat bertekak masa bertunang boleh membawa kehancuran.
[+] Godaan daripada pihak sekeliling – Ini melibatkan orang ketiga

Sebenarnya banyak lagi dugaan bertunang yang boleh disenaraikan tetapi saya senaraikan ini merupakan perkara paling penting yang sentiasa berlaku dalam apa juga hubungan sekali pun. Saya pasti anda juga tahu perkara-perkara yang boleh menyebabkan ikatan pertunangan itu berpisah dan harap anda dapat kongsikan kepada kami pada ruangan komen dibawah sebagai rujukan bersama.

====================================================

No comments:

Post a Comment