Monday, 2 July 2012

BELANJA KAHWIN! Apa yang orang bujang perlu tahu?

Assalamualaikum
Okay kali ini, dengan  beraninya Dakwat Habis update entry tentang perkahwinan. Rasanya memang bukan rasa, tapi memang tak pernah lagi update entry pasal kahwin. TAPI! Harus diingatkan, Dakwat Habis update nih sbb admin sendiri dah makin hampir nak ke majlis tu xlama lagik.Art wlwpun dah hampir 8 tahun berkerja dlm kerajaan tapi wet simpanan pun xbnyk...nie terhegeh2  BARU NAK SIMPAN DUIT KAWINNNNNNNNNN~~~ nampak x mcm xtersusun kan jalan kehidupan aku nie tp hakikat mmg begitu aku sendiri rugi masa yg pnjg tanpa wat simpanan dulu.walaubagaimanapun, kita hanya MERANCANG tapi Allah yang MENENTUKAN segalanya. harap segala persiapan yg dilakukan berjaya gan baik hendakNYA, AMINNN. Hehehehe.
Baru-baru ni art ada terbaca salah satu majalah pengantin. Btw, rasanya kali ni baru baca and selak betul-betul majalah pengantin, sebab sebelum nih TAK TERASA LANGSUNG NAK BACA BETUL-BETUL. Sebenarnya kan, majalah pengantin nih bukan untuk  golongan-golongan yang mahu berkahwin saja boleh baca, atau golongan-golongan pereka fesyen, pelamin dan sebagainya. Tapi kita nih yangmungkin belum ada perancangan tapi kita perlu baca! Sebab kat dalam tuh, ada banyak info-info menarik terutama persediaan,idea-idea yang menarik dan cara untuk mejimatkan kos kahwin! Yes, cakap pasal KOS KAHWIN. Art rasa, umum tahu kan bahawa kawin zaman sekarang nih xsemudah zaman dulu. Kenapa ya? Walhal dalam islam perkara seperti itu PERLU dipermudahkan bukan dipersusahkan. Hal ini kerana, kos-kos yang perlu kita ambil kira. Majoriti yang belum berkahwin mempunyai masalah kewangan. So kat sini Art nak share anggaran kos kahwin minimum! MINIMUM okay, maknanya paling sikit, atau biasa-biasa ajalah kannnnnn. *pengsan sbb kos mcm tuh biasa-biasa ajahhhh*
MAS KAHWIN= jumlah mas kahwin dirujuk mengikut  negeri sebelah perempuan
WANG HANTARAN= wang hantaran sekitar rm7000-rm10000 boleh dikira normal untuk zaman ini walaupun lulusan si perempuan bertaraf diploma sahaja. *ini terasa*
BARANG KEMAS= harga barang kemas berubah-rubah, jadi sediakan wang sekitar rm3000-rm5000
BARANG-BARANG HANTARAN= kalau dah merancang untuk berjimat, sediakan rm1000 untuk barang standard (kasut, kek, baju, sirih, telekung, Al-quran,coklat,wangian atau kosmetik). Untuk lebih jimat gubah hantaran sendiri.
BAJU NIKAH= selalunya baju nikah kita tempahkan? Harga dalam rm250-rm600. Pandai pilih tempat dapat la murah. Tempat Art keje sekarang rm150.
BAJU PERSANDINGAN= sewa rm1000-rm2500.
JURUSOLEK= anda boleh menggunakan khidmat jurusolek berasingan atau termasuk dalam pakej busana yang disewa.itu lebih jimat! Tapi kalau nak personal punya range harga rm350-rm700
PELAMIN= selalunya dipakejkan bersama busana dan solekan namun boleh didapati secara berasingan dengan harga rm500-rm1000. Tapi harga ni mcm susah je nak dpt kan? =,=
JURUGAMBAR= mustahil di hari bahagia anda nak suruh adik beradik atau sanak saudara yang mengambil gambar dengan kamera biasakan sedangkan hari bahagia hanya datang sekali! So sediakan wang sekitar rm1500-rm3000..
DUIT UNTUK JURUNIKAH DAN SAKSI= kos sekitar rm150
KAD JEMPUTAN= sekitar rm500=rm3000
KOS KHEMAH/SEWA DEWAN= rm2500-rm10000
DUIT MAKAN KENDURI= masak sendiri lebih jimat dari katering, tapi jika tidak mempunyai tenaga kerja sediakan rm10000-rm20000 untuk katering! *mcm over je bajet nih*
KAMAR PENGANTIN= mahu atau tidak, lakukan sedikit perubahan untuk kamar pengantin. Rm1500-rm5000
CENDERAHATI= ini merangkumi telur, gula-gula atau sebagainya rm1000-rm3000
KOS BERTANDANG= jika rumah pasangan jauh lebih banyak kos yang perlu kita sediakan seperti, petrol,tol ,makan bukan untuk keluarga sahaja, malah sanak saudara yang lain.sediakan sekitar rm500-rm800
DUIT SPARE= haa ini xleh blah, dah perhabis semua kos di atas, masih adakah duit ‘SPARE” hehe, tapi dalam buku ni kata perlu takut-takut berlaku kecemasan yang tak diduga. Orang kata malang tak berbau kan. Hehe.
Okay itu semua kos yang perlu diambil kira, itu hanyalah anggaran minimun tapi Art percaya dan tolong yakinkan Art juga kita boleh dapat lebih murah dari kos yang Art senaraikan tadi. Betul x? Apa-apa pun bersederhana itu lebih baik. Hubungan lebih diberkati, tiada pembaziran. Simple itu kalau pandai kenakan colour dan gubahan, majlis anda akan nampak exclusive! So kita sendiri kena bijak kreatif dan tanya pendapat orang lain J
Kos-kos kawin zaman sekarang memang menakutkan tapi kita boleh je skip yang mana tak perlu. Betul x?apa yang penting adalah NIKAH! Buat sekadar yang termampu mengikut kemampuan.takut dah banyak habis kat hari kawin, selepas kawin macam mane plak nak survive? So sederhana pun dah cukup, artis tuh buat besar-besar sebab income dia pun besar. Kalau ekau gaji besor buleh la buat cemtuh! Hehehe J
Kepada member2 yang akan menamatkan zaman bujang itu saya selaku owner blog ini mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU! Semoga hubungan yang direstui berkekalan hingga ke syurga dan jadilah suami/isteri yang terbaik untuk pasangan kita! *wah aku pulak eksaited dah aku nie xsabar tp cuak pun ada* huhu
menghitung bulan yang maikin mendatang...thanks kat tunang kesygan aku yg bnyk membantu wat persiapan tuk majlis aku xlama lagik nie...peningnya nak saving bajet....

No comments:

Post a Comment