Monday, 3 December 2012

Tanda Jodoh Itu Kuat Bersama Si Dia


Secara umum yang kita tahu, tanda-tanda jodoh adalah keserasian, saling memahami, masing-masing pandai bertanggungjawab dan saling bertolak ansur. Itu adalah secara asasnya. Tapi dalam artikel kali ini, kita akan membincangkan perkara yang berbeza. Masih tentang tanda-tanda jodoh kita kuat bersama seseorang tetapi dalam konteks yang sedikit berbeza. Bukan senang untuk membicarakan soal jodoh kerana ia milik Allah. Macam mana pun manusia boleh merancang dan berusaha, selebihnya hati kita harus kuat menyerahkan soal jodoh kepada Allah.
Orang kata cinta tidak selalu bersama jodoh, tetapi jodoh selalu bersama cinta? Tidak semestinya! Kisah cinta nyata bukan macam kisah cinta dalam novel. Tidak semestinya sesuatu perkahwinan itu membahagiakan. Mereka ada jodoh, tetapi mereka masih tiada cinta. Jadi jangan terlalu menekan atau mempercayai sesuatu mitos. Jadi apa yang penting sebenarnya adalah cinta dan jodoh. Ia harus datang bersama. Jika sesebuah cinta itu tidak ada dalam hati seseorang, sampai bila-bila lah dia tidak akan ada.
Cinta boleh dipupuk? Adakah ia benar? Bagi saya, jika cinta itu dipupuk bermakna ia bukan semula jadi. Dipupuk bermaksud kita berusaha menekan diri kita melakukan sesuatu yang bukan asalnya kita mahu. Boleh kalau korang nak cuba. Tapi seeloknya cinta itu datang dari hati secara semula jadi. Barulah sesuatu cinta itu akan kekal. Berbalik kepada persoalan cinta dan jodoh. Memang kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang, tapi Allah sebenarnya dah tunjuk pada kita secara halus siapa jodoh kita. Tak percaya? Pernah tak korang dengar atau berdepan dengan situasi macam ni:-
“Hisyh, asyik asyik terserempak dengan dia je, hari-hari pandang muka dia je”,
“Dulu saya cari jodoh di tempat yang jauh, rupa-rupanya dia selama ini dekat dengan saya!”
Ha, tu tandanya apa tu? Hehe, memang lah tidak semuanya betul mereka yang selalu terserempak bersama tu memang berjodoh, tapi kebanyakkannya macam tu kan? Cuba perhatikan mereka yang berpasangan, kebanyakkannya dari bidang yang sama atau dekat-dekat. Paling tidak pun mempunyai minat yang sama secara kebetulan. Contohnya macam seseorang di bidang perniagaan akan mendapat jodoh dengan orang yang minat berniaga dan seseorang doktor akan bertemu jodoh dengan seorang peguam mungkin. Ini hanya kemungkinan, tidak semua, tetapi banyak yang berlaku.
.
Antara beberapa persoalan dan tanda berkaitan soal jodoh adalah:-
Orang yang kita cari sebenarnya berada dekat dengan kita
Percaya tak, sebenarnya jodoh yang korang cari berada berdekatan dengan korang. Korang mungkin tak nampak sekarang, tapi mana tahu suatu hari korang akan bertemu dengan seseorang yang sangat dekat dengan korang. Bahkan korang akan jatuh cinta dengan seseorang yang korang kenal suatu masa dulu. Tak sangka kan? Kuasa Allah ini besar. Kita cari jodoh jauh jauh, rupanya dia berada dekat dengan kita.
Entah-entah jodoh kita adalah seseorang yang telah lama cintakan kita dalam diam. Atau jodoh korang adalah daripada kenalan korang di suatu masa dahulu. Jadi jangan menekan sangat soal jodoh. Mungkin ada di antara korang yang sudah bersedia untuk menikah tetapi masih belum bertemu jodoh. Usah risau, pedulikan apa orang kata, yang penting jodoh untuk korang akan tetap juga sampai nanti.
Sebenarnya, jika kita perhatikan betul betul, Allah telah mengurniakan sesuatu yang sangat baik untuk kita dalam soal jodoh ni. Jika dulu kita pernah bercinta, mengangankan suatu perkahwinan yang indah tetapi kita kecewa sehingga pintu hati tertutup, tapi sekarang Allah beri seseorang yang lebih daripada yang dulu untuk menemani hidup kita. Usah khuatir soal jodoh itu, kerana bila seseorang itu sudah ditakdirkan menjadi jodoh dan pasangan korang, ia tetap akan jadi milik korang. Datanglah beribu halangan sekalipun, takkan ada yang boleh mengubah kuasa Allah.

Apa pun dugaan, semuanya dapat diatasi
Ok, sekarang adalah situasi di mana korang sedang bercinta dan merancang untuk menikah. Korang sedang berusaha kumpul duit dan menghadapi susah dan senang bersama sama. Tidak dinafikan, pasti wujud konflik di saat ini kan? Tak kira lah masalah apa pun, pasti ada yang datang untuk menguji cinta korang kan? Di saat itu mungkin ada yang merasakan bahawa pasangan dia sekarang bukan jodohnya. Lalu mulalah tanggapan negatif tersebar dan mengeruhkan hubungan. Ketidakpercayaan mula timbul dan mengugat hubungan korang. Di sinilah sebenarnya korang kena main peranan yang sangat penting. Walau apa pun dugaan jangan sesekali cepat putus asa.
Ok, jika korang berdua berjaya mengharungi apa saja dugaan bermakna dia memang dijodohkan untuk korang. Contohnya, berlaku konflik yang sangat besar dalam sesuatu hubungan yang menyebabkan pergaduhan. Suasana jadi begitu tegang dan masing-masing berfikiran seolah seolah hubungan itu tidak dapat diselamatkan lagi. Korang pulak dah mula rasa kecewa, pasrah dan redha atas apa saja yang bakal terjadi. Tiba-tiba, dengan kuasa Allah, konflik itu dapat diselesaikan, hubungan korang berdua kembali seperti dulu lagi. Malah mungkin semakin memahami dan bahagia.
Setiap kali berlaku konflik yang menyebabkan korang rasa putus asa, Allah tunjukkan jalan korang untuk berbaik semula. Itu adalah salah satu tanda jodoh korang kuat bersama si dia InsyaAllah. Banyakkan berdoa dan sabar dengan setiap dugaan yang diberikan. Jangan sesekali mudah mengalah. Apa apa pun ia sebenarnya bergantung pada sikap kita sendiri juga. Jika korang jenis yang cepat putus asa dan kuat mengalah, macam mana nak kekalkan jodoh?

Berpisahlah macam mana pun, jika jodoh itu milik kita ia pasti milik kita!
Pernah juga terjadi, pasangan kekasih yang telah berpisah suatu masa dahulu berjumpa balik dan berkahwin! Itu juga namanya jodoh. Berpisahlah macam mana pun, jika Allah tetapkan jodoh itu milik korang, maka ia milik korang. Mungkin Allah mahu korang berpisah untuk memperbaiki diri masing masing dan menguji rasa cinta antara korang. Hakikat ayat ini, “kalau jodoh, ia tetap jodoh” sentiasa menguatkan hati manusia tentang persoalan jodoh. Memang sangat menyakitkan jika jodoh korang bukan bersama seseorang yang korang cintai. Tapi bersangka baiklah kepada Allah.
Dia akan mengurniakan seseorang yang baik untuk korang. Tidak mudah, korang perlu menjadi seseorang yang sangat kuat dan tabah. Tapi ingatlah, jika si dia memang jodoh korang, tiada satu manusia pun dapat halang dia menikah secara sah dengan korang. Tapi jika bukan, buatlah macam mana pun, dia tetap bukan milik korang. Jalan penyelesaian yang baik untuk menghindar kita dari berasa sedih dan was-was mengenai persoalan jodoh adalah kembali kepada Allah. Dia yang mencipta segala jenis perasaan yang ada di muka bumi ini. Dia yang memberikan kebahagiaan kepada semua hamba hambaNya.
Minta lah kepada Nya sedikit kebahagiaan, InsyaAllah jika kita ikhlas dan redha menerima segala ketentuan Allah, kita akan tenang dan hidup bahagia. Buatlah solat istikharah dengan cara yang betul. Ia dapat membantu korang dalam membuat keputusan. Jika korang dah cukup berusaha, dan takdir menentukan sesuatu yang berbeza untuk korang, terimalah dengan sabar dan ikhlas. Memang sukar tetapi kan Allah itu Maha Mengetahui. Sakit yang korang rasa sekarang adalah bayaran untuk kebahagiaan untuk korang di masa akan datang nanti InsyaAllah.

Jangan serahkan pada takdir semata-mata
Soal jodoh memang lah milik Allah, tapi kita tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa apa dan tunggu bulan jatuh ke riba. Allah benci orang yang suka berputus asa dan tidak mahu berusaha. Ada yang kata jodoh tak perlu dicari, tetapi ia datang sendiri. Benar, tapi tetap juga kita perlu berusaha. Bagaimana? Persiapkan diri kita menjadi seseorang yang lebih baik dari hari ke hari. Berkawan dengan ramai orang tidak kira lelaki dan perempuan, asalkan korang tahu batas-batasnya dan luaskan lah pandangan terhadap kehidupan.
Jangan kurung diri korang daripada cinta kerana beranggapan jodoh korang sudah ditentukan. Hiduplah dengan normal dan bersosiallah seperti orang lain. Asalkan korang tahu jaga batas, itu sudah mencukupi. Tidak mustahil korang akan berkenalan dengan seseorang dan bertemu jodoh dari situ. Elakkan mengamalkan sikap duduk diam dan tunggu tanpa berusaha apa-apa. Mungkin korang adalah seorang lelaki yang sedang meminati seorang gadis dalam diam. Korang mahu memperisterikan dia. Jadi apa yang korang perlu lakukan?
Duduk diam? Salah tu. Sekurang kurangnya korang harus mencuba. Tak cuba tak tahu kan? Allah tidak menghadirkan seseorang dalam hidup kita tanpa sebarang sebab. Ia adalah sama ada Allah mahu kita belajar sesuatu dari orang-orang yang kita jumpa dalam hidup kita ataupun Allah menghadirkan seseorang itu sebagai tanda kita akan hidup bersama nya selama-lamanya!
Jadi jangan lepaskan setiap peluang yang ada. Tidak salah untuk kita berusaha dalamsoal jodoh ni. InsyaAllah jika kita berusaha keras, ia akan jadi milik kita. Yang penting cubalah dulu. Jangan awal awal dah putus asa.
.
.
Jodoh itu milik Allah, tapi ia dicipta khas untuk manusia agar kita dapat menikmati nikmat bahagia hidup di dunia ini bertemankan seseorang yang sangat kita sayangi. Ada orang yang dapat jodoh dengan orang yang dicintai, ada yang tidak. Semua itu kuasa Allah, kita tak layak mempersoalkannya. Tetapi kita boleh belajar daripada pengalaman yang kita dapat. Bila dah dapat jodoh dengan seseorang yang kita cinta tu, jagalah elok elok. Jangan lancang sangat untuk bercerai jika ada konflik berlaku. Walau apa berlaku sekalipun, belajarlah cara untuk mempertahankan rumah tangga korang.
Allah telah mengurniakan satu jodoh untuk korang. Orang lain yang terlalu berharap tak dapat, tapi korang dah dapat. Kenapa kena sia siakan? Jaga hubungan elok elok. Hargai apa yang ada sekarang. Penceraian adalah sesuatu yang paling dibenci Allah walaupun ianya tidak salah. Takdir takdir memang takdir tapi usaha usaha tetap usaha. Persoalanjodoh itu sangat sulit, tetapi manusia boleh mencuba dan terus mencuba. Allah tidak kejam. Dia Maha Menyayangi. Pasti Dia akan mendengar setiap doa dan rintihan kita sekaligus menghadiahkan jodoh yang terbaik untuk kita semua, InsyaAllah.

Friday, 30 November 2012

Orang Pertama...

‎1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.


3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.
.
5…Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6….Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. ..Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14… Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16. …Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18…. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20…. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22… Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. ….Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25… Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27… Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29…Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA

30. … Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW

Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku… baca dan hayatilah.. sebarkanlah… semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah..

Sumber : Darul Ulum Al-Islamiyyah ( jom LIKE )

Assalammualaikum... Salam Maal Hijrah...

Waser dah lama aku x meng'update' blog aku nie... al-maklum la aku nie ikut mood gak nak menaip nie..hehe bukan senang nak dpt ilham... alhamdulillah pejam celik tido mangun keje makan... dah nak penghujung tahun 2012 pun.. waser mcm beberapa hari jerk pas 01/01/2012 dulu... nie sok dah jumpa 01/12/2012... dah nak masuk 11 bulan pun hubungan kasih sayang aku gan tunang aku, Nur Ain Binti Samsudin... lagi beberapa bulan kami bakal di satukan... insyaAllah tahun depan cuti semester sekolah.. cer teka.. haha..
erm nak citer la.. gah duk layan nak tido semalam.. tiba2 mesej masuk kat hanset maxis aku... hehe ingatkan cintahati aku belum tido lagi rupa-rupanya mesej dari sahabat lama time sekolah menengah dulu...haha sape lagi my bestfrenz Rosilawati... hehe pas SPM tahun 2002 dulu..aku gan member2 baik aku dah xdpt nak selalu jumpa... tapi last kami wat renioun pun awal bulan 1 tahun nie gan Asyraf, Raja Shila,Haza, Fadzly (Suami Haza)... nie gah mesej2 gan Ros.. tiba2 dia bleh bgtau aku yang dia dah bertunang bulan Oktober baru2 nie.. pergh punyer nya aku nak merajuk kan xajak.. pas explent dia bgtau dia bertunang sangat2 simple.. mana x nya x bleh mikir aku hari jumaat cari barang2 hari sabtu rombomgan Cik tunang Abrar dtg... hahaha mmg sempoi la kan.. apa2 pun aku sebagai kawan baik kau Ros.. dan mewakili gak Cik Cintahati tunang aku, Ain ingin mengucapkan selamat bertunang dan menempuh dugaan sepanjang tempoh pertunangan nie yup.. aku harap kau gan Abrar sama2 bersabar dan kami doakan kebahagiaan korang sehingga ke jinjang pelamin... nie ros send aku gambar2 special katanya hanya aku sorang jer yang dpt.. wahh bangganya beb.. thanks bebanyak ros...

 My Bestfrenz...
 Sebahagian Hantaran...
 Keluarga Abrar...
Pasangan romantis... hehe 
Haha Ingat lagu Teman Sejati.. ingat la aku yer... hehe zaman sekolah 2002

Monday, 23 July 2012

Friday, 20 July 2012

Dugaan Semasa Bertunang...


Dugaan selepas bertunang sememangnya menjadi topik hangat dan paling ditakuti terutama kaum wanita yang bakal melangsungkan perkahwinan. Mengikut statistik hampir 69% pasangan yang sering memutuskan pertunangan pada saat-saat akhir sedangkan segala persiapan perkahwinan telah dilakukan seperti:
1. Kad kahwin telah ditempah dan diedarkan pada saudara-mara, rakan-rakan, orang kampung dan lain-lain.
2. Baju nikah dan bersanding dah siap ditempah tunggu masa untuk dipakai.
3. Bilik tidur telah digantikan segala peralatan yang baru.
4. Deposit untuk katering juga telah dibuat.
dan banyak lagi..

Anda ingatkan isu putus tunang ini berlaku pada selebriti atau artis yang terkenal jer tetapi silap sama sekali kerana ia turut melibatkan orang biasa seperti kita juga. Mana tidaknya banyak isu-isu begini sentiasa mendapat tempat di dada akhar dan media elektronik. Saya pun merasa pelik kenapa perkara ini sering berlaku sedangkan masa bercinta segalanya indah, sanggup hadapi segala dugaan bersama, ingin membina rumahtangga bahagia dan pelbagai janji-janji manis.
Tetapi segalanya berubah selepas beberapa bulan ikatan pertunangan berlangsung pelbagai dugaan yang mendatang bukan sekali dua malah bertalu-talu bagaikan “peluru“. Apa yang dilakukan serba tak kena dan betul kata pepatah orang lama “Jangan tunang lama-lama, Dugaan banyak yang harus ditempuhi“.

Baiklah saya akan kongsikan 5 dugaan bertunang berdasarkan pengalaman sendiri dan kajian yang dilakukan:
[+] Tetiba Cemburu buta dan tidak menentu masa – Ada sahaja topik dan perbualan yang ditimbulkan oleh pasangan kita sedangkan perkara yang kita lakukan pernah diterjadi sewaktu bercinta dulu tapi tak pernah ada masalah.
[+] Cepat terasa hati – Dulu nak bergurau ker, nak usik-usik sikit tak jadi masalah, tetapi sejak bertunang ini asyik nak melenting dan cepat marah, cepat merajuk dan cepat terasa.
[+] Ego tahap melampau – Ya, sifat ini memang tak boleh lari sekiranya anda dalam ikatan pertunangan. Selalunya ego terjadi sewaktu proses membeli barang perkahwinan dan mempertahankan kesilapan serta kesalahan yang dilakukan.
[+] Sentiasa bertekak dan bergaduh – Memang tak dinafikan, perkara sebegini sentiasa berlaku tidak kira semasa bercinta, bertunang ataupun berkahwin. Anda mesti ingat bertekak masa bertunang boleh membawa kehancuran.
[+] Godaan daripada pihak sekeliling – Ini melibatkan orang ketiga

Sebenarnya banyak lagi dugaan bertunang yang boleh disenaraikan tetapi saya senaraikan ini merupakan perkara paling penting yang sentiasa berlaku dalam apa juga hubungan sekali pun. Saya pasti anda juga tahu perkara-perkara yang boleh menyebabkan ikatan pertunangan itu berpisah dan harap anda dapat kongsikan kepada kami pada ruangan komen dibawah sebagai rujukan bersama.

====================================================

Sunday, 15 July 2012


Tips Bulan Ramadhan



Waktu Sahur
1. Sahur menjelang sholat shubuh. Usahakan sebelumnya tilawah Qur'an
2. Sepuluh menit sebelum adzan bersiap-siap menghentikan makan

Menjelang Shubuh
3. Fokuskan diri untuk mempersiapkan shalat Shubuh

Setelah Shubuh
4. Hirup udara pagi dan syukuri nikmatnya
5. Luangkan waktu untuk mendengar ceramah
6. Olah raga sedikit dengan meremaskan jari atau memutar pundak
7. Jangan tidur lagi
8. Tadarus Al Qur'an
9. Siap menunaikan tugas harian dalam keadaan fresh

Selama perjalanan dan di tempat kerja/sekolah
10. Baca basmalah
11. Bersedekah dengan senyuman pada teman
12. Jangan lepaskan hati dari dzikrullah, karena itu akan menentramkan hati kita
13. Azamkan dengan kuat bahwa pekerjaan yang dilakukan adalah jihad fisabilillah
14. Jaga lisan, telinga dan mata dengan memfungsikannya pada hal-hal yang mendapat ridlo Allah.
15. Ajak beberapa sahabat untuk menjadi pengingat ketika kita lupa
16. Apabila emosi tidak terkendali, segera berwudhu dan perbanyak tadarus
17. Selalu ingat bahwa bulan Ramadhan bukan bulan malas-malasan.

Saat Buka Puasa
18. Segeralah berbuka bila telah tiba waktunya
19. Sempurnakan kewajiban berbuka dengan Shalat Magrib berjamaah
20. Setelah sholat Isya’ dan Tarawih, sempatkan untuk Tadarus Al Qur'an

Menjelang Tidur
21. Usahakan tidur paling malam jam 23.00
22. Tidur dengan adab yang benar

Bersikap Efektif dan Effisien
23. Minta tolonglah dengan perkataan yang baik
24. Apabila Anda hendak menyuruh orang lain, suruhlah dengan sewajarnya
25. Mudahkanlah pekerjaan orang lain
26. Buatlah orang merasa bergembira, niscaya Anda akan lebih kreatif
27. Jangan beri peluang bagi kegiatan yang tidak bermanfaat
28. Apabila emosi tidak terkendali, segera berwudhu dan perbanyak tadarus
29. Lakukanlah hal-hal sederhana yang bermanfaat
30. Perbanyak silaturahmi
31. Jangan terlalu mengingat amal baik Anda, tapi ingatlah amal baik orang lain.
32. Ingatlah hal buruk yang pernah kita perbuat, sehinnga kita menyesal
33. Syukuri apa yang telah diraih, walaupun sedikit

Wednesday, 4 July 2012

Maafkan Saya, Sayang...

Maaf
oleh: Jikustik
Kau, menyisakan tangis
Pertengkaran semalam, Diantara kita
Kini, ku harus berdiri
Ditepian hati, Bimbang 'tuk memilih
(Bridge:)
Kau harus tahu, Dalam hatiku bergetar
Waktu ku tahu, Kau terluka saat aku...
(Reff:)
Buatmu menangis, Buatmu bersedih
Inginku memelukmu, dan ucapkan maaf
Maafkan aku, Maafkan aku, Maafkan aku...
Aku, aku pun mencoba
'Tuk beri yang terbaik, Untuk kau miliki
Kini, Kau harus berdiri
Ditepian hati, Bimbang 'tuk memilih
Back to (Bridge:) and (Reff:)
Kubuat kau menangis, Buatmu bersedih
Ingin ku memelukmu, Dan ucapkan maaf
Maafkan aku...Buatmu menangis, Buatmu bersedih

Aku Dan Sesuatu

Aku kini merasa kehilangan dalam diri sendiri. Aku tau kesilapan yang aku telah lakukan sukar untuk di maafkan lagi. Aku tidak fikirkan risiko yang akan terjadi. Memang patut aku terima hukuman ini. Kini aku terpaksa lalui kehidupan yang sepi tanpa erti lagi. Tiada kata yang dapat aku ungkapan hanya Maaf di pinta. Tetapi maaf sudah terlewat untuk aku luahkan kerana hatinya sudah jauh untuk aku. Aku redha walaupun perit untuk aku terima. Mungkin ini balasan atas segala dosa yang aku telah lakukan. Aku mengecewakan hati dan perasaan orang lain dan sekarang perkara itu terjadi pada diri aku. Tiada apa yang aku dapat lakukan pada masa ini. Kelukaan di hatinya sukar untuk aku ubati kerana diri aku sendiri sudah tidak dipercayai. Segalanya seperi sudah hilang dalam kehidupan aku. Semua janji-janji aku sendiri sudah mungkiri atas kesilapan diri aku. Apa yang aku buat nie. Maybe aku sendiri takde pendirian yang jadi begini...mungkin...Ya Allah..aku terima segala dugaan yang Engkau berikan padaku...aku terlalu banyak berdosa selama ini...aku alpa dengan segalanya...berikanlah aku petunjuk hidayahMu agar aku dapat kembali menemui kehidupan aku yang semakin hilang...Sayang,jika awak sedang baca nukilan yang tidak seberapa ini..abg cuma mahukan katakan yang abg terlalu banyak membuat sayang kecewa dengan diri abg selama ini...abg tak dpt nak berikan kegembiraan pada sayang...maafkan abg atas segala kesilapan abg selama ini..walawpun abg tau sayang sukar nak terima maaf abg kali ini...abg benar-benar rasa kosong bila sayang mula jauhkan diri dari diri abg..patutnya abg kena betulkan diri abg dulu sebab abg terlalu janggal dengan apa yang abg telah lakukan...abg tau, sayang tak sanggup lagi nak menanggung keperitan hati akibat perbuatan abg sendiri...biarlah abg bawa kelukaan itu dari hati sayang jauh supaya sayang kembali menemui apa yang sayang mahukan..abg tak sanggup lagi nak tengok sayang bersedih dan marah-marah lagi...banyak kali abg lakukan dan begitu juga banyak kali hati sayang tercalar tanpa di ubati...abg tau hati, diri abg kini sudah tiada lagi dalam hati sayang...sayang tenangkan hati dan perasaan sayang semula...insyaallah semuanya dalam keadaan baik selepas ini...sayang jaga diri bebaik yup kat sana,maaf abg tak tau nak tulis apa lagi...Assalammualaikum...

Tuesday, 3 July 2012

Rahsia Nombor Kad Pengenalan Anda

Nombor kad pengenalan Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format (TTBBHH-NN-###J) sebagai nombor kad pengenalan.
-Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP.

-Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99. Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka.
-Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.
Sebagai pembezaan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita.
Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki. Sebelum 1990, nombor kad pengenalan warganegara adalah dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor siri 7-digit yang mana nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama mempunyai peranan pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti sini nombor baru MyKad.

SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN:-
Johor – 01,21,22,23,24 
Kedah – 02, 25, 26, 27 
Kelantan - 03, 28, 29 
Melaka - 04, 30 
Negeri Sembilan – 05, 31,59 
Pahang – 06, 32, 33 
Pulau Pinang – 07, 34, 35 
Perak - 08, 36, 37, 38, 39 
Perlis – 09, 40 
Selangor – 10, 41, 42, 43, 44 
Terengganu -11, 45, 46 
Sabah – 12, 47, 48, 49 
Sarawak – 13, 50, 51, 52, 53 
Wilayah Persekutuan – (KL) 14, 54, 55, 56, 57 
Wilayah Persekutuan (Labuan) – 15, 58 
Wilayah Persekutuan (Putrajaya) – 16 
Negeri Tidak Diketahui – 82

Monday, 2 July 2012

BELANJA KAHWIN! Apa yang orang bujang perlu tahu?

Assalamualaikum
Okay kali ini, dengan  beraninya Dakwat Habis update entry tentang perkahwinan. Rasanya memang bukan rasa, tapi memang tak pernah lagi update entry pasal kahwin. TAPI! Harus diingatkan, Dakwat Habis update nih sbb admin sendiri dah makin hampir nak ke majlis tu xlama lagik.Art wlwpun dah hampir 8 tahun berkerja dlm kerajaan tapi wet simpanan pun xbnyk...nie terhegeh2  BARU NAK SIMPAN DUIT KAWINNNNNNNNNN~~~ nampak x mcm xtersusun kan jalan kehidupan aku nie tp hakikat mmg begitu aku sendiri rugi masa yg pnjg tanpa wat simpanan dulu.walaubagaimanapun, kita hanya MERANCANG tapi Allah yang MENENTUKAN segalanya. harap segala persiapan yg dilakukan berjaya gan baik hendakNYA, AMINNN. Hehehehe.
Baru-baru ni art ada terbaca salah satu majalah pengantin. Btw, rasanya kali ni baru baca and selak betul-betul majalah pengantin, sebab sebelum nih TAK TERASA LANGSUNG NAK BACA BETUL-BETUL. Sebenarnya kan, majalah pengantin nih bukan untuk  golongan-golongan yang mahu berkahwin saja boleh baca, atau golongan-golongan pereka fesyen, pelamin dan sebagainya. Tapi kita nih yangmungkin belum ada perancangan tapi kita perlu baca! Sebab kat dalam tuh, ada banyak info-info menarik terutama persediaan,idea-idea yang menarik dan cara untuk mejimatkan kos kahwin! Yes, cakap pasal KOS KAHWIN. Art rasa, umum tahu kan bahawa kawin zaman sekarang nih xsemudah zaman dulu. Kenapa ya? Walhal dalam islam perkara seperti itu PERLU dipermudahkan bukan dipersusahkan. Hal ini kerana, kos-kos yang perlu kita ambil kira. Majoriti yang belum berkahwin mempunyai masalah kewangan. So kat sini Art nak share anggaran kos kahwin minimum! MINIMUM okay, maknanya paling sikit, atau biasa-biasa ajalah kannnnnn. *pengsan sbb kos mcm tuh biasa-biasa ajahhhh*
MAS KAHWIN= jumlah mas kahwin dirujuk mengikut  negeri sebelah perempuan
WANG HANTARAN= wang hantaran sekitar rm7000-rm10000 boleh dikira normal untuk zaman ini walaupun lulusan si perempuan bertaraf diploma sahaja. *ini terasa*
BARANG KEMAS= harga barang kemas berubah-rubah, jadi sediakan wang sekitar rm3000-rm5000
BARANG-BARANG HANTARAN= kalau dah merancang untuk berjimat, sediakan rm1000 untuk barang standard (kasut, kek, baju, sirih, telekung, Al-quran,coklat,wangian atau kosmetik). Untuk lebih jimat gubah hantaran sendiri.
BAJU NIKAH= selalunya baju nikah kita tempahkan? Harga dalam rm250-rm600. Pandai pilih tempat dapat la murah. Tempat Art keje sekarang rm150.
BAJU PERSANDINGAN= sewa rm1000-rm2500.
JURUSOLEK= anda boleh menggunakan khidmat jurusolek berasingan atau termasuk dalam pakej busana yang disewa.itu lebih jimat! Tapi kalau nak personal punya range harga rm350-rm700
PELAMIN= selalunya dipakejkan bersama busana dan solekan namun boleh didapati secara berasingan dengan harga rm500-rm1000. Tapi harga ni mcm susah je nak dpt kan? =,=
JURUGAMBAR= mustahil di hari bahagia anda nak suruh adik beradik atau sanak saudara yang mengambil gambar dengan kamera biasakan sedangkan hari bahagia hanya datang sekali! So sediakan wang sekitar rm1500-rm3000..
DUIT UNTUK JURUNIKAH DAN SAKSI= kos sekitar rm150
KAD JEMPUTAN= sekitar rm500=rm3000
KOS KHEMAH/SEWA DEWAN= rm2500-rm10000
DUIT MAKAN KENDURI= masak sendiri lebih jimat dari katering, tapi jika tidak mempunyai tenaga kerja sediakan rm10000-rm20000 untuk katering! *mcm over je bajet nih*
KAMAR PENGANTIN= mahu atau tidak, lakukan sedikit perubahan untuk kamar pengantin. Rm1500-rm5000
CENDERAHATI= ini merangkumi telur, gula-gula atau sebagainya rm1000-rm3000
KOS BERTANDANG= jika rumah pasangan jauh lebih banyak kos yang perlu kita sediakan seperti, petrol,tol ,makan bukan untuk keluarga sahaja, malah sanak saudara yang lain.sediakan sekitar rm500-rm800
DUIT SPARE= haa ini xleh blah, dah perhabis semua kos di atas, masih adakah duit ‘SPARE” hehe, tapi dalam buku ni kata perlu takut-takut berlaku kecemasan yang tak diduga. Orang kata malang tak berbau kan. Hehe.
Okay itu semua kos yang perlu diambil kira, itu hanyalah anggaran minimun tapi Art percaya dan tolong yakinkan Art juga kita boleh dapat lebih murah dari kos yang Art senaraikan tadi. Betul x? Apa-apa pun bersederhana itu lebih baik. Hubungan lebih diberkati, tiada pembaziran. Simple itu kalau pandai kenakan colour dan gubahan, majlis anda akan nampak exclusive! So kita sendiri kena bijak kreatif dan tanya pendapat orang lain J
Kos-kos kawin zaman sekarang memang menakutkan tapi kita boleh je skip yang mana tak perlu. Betul x?apa yang penting adalah NIKAH! Buat sekadar yang termampu mengikut kemampuan.takut dah banyak habis kat hari kawin, selepas kawin macam mane plak nak survive? So sederhana pun dah cukup, artis tuh buat besar-besar sebab income dia pun besar. Kalau ekau gaji besor buleh la buat cemtuh! Hehehe J
Kepada member2 yang akan menamatkan zaman bujang itu saya selaku owner blog ini mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU! Semoga hubungan yang direstui berkekalan hingga ke syurga dan jadilah suami/isteri yang terbaik untuk pasangan kita! *wah aku pulak eksaited dah aku nie xsabar tp cuak pun ada* huhu
menghitung bulan yang maikin mendatang...thanks kat tunang kesygan aku yg bnyk membantu wat persiapan tuk majlis aku xlama lagik nie...peningnya nak saving bajet....

Thursday, 28 June 2012

Kisah Seram Penginapan Villa Nabila

Sebuah rumah penginapan yang dikatakan milik sebuah keluarga dikatakan agak menyeramkan. Rumah yang dikenali sebagai Villa Nabila ini mempunyai versi cerita yang tersendiri.
Dakwat Habis -Kisah Seram Penginapan Villa Nabila .Tempat ini dikatakan agak menyeramkan. Jom ikuti beberapa versi cerita mengenai tempat ini, Villa Nabila :
Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.
Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.



Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.
Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.
Versi #5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.
Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari,maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh.Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.
Versi #6 - Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut. Cerita lanjut korang boleh baca kat forum Cari.
Melayukini.net - Menurut sumber, mereka pun tidak pasti mana satu versi yang betul, tapi kalau anda ada cerita pasal tempat ini, boleh kongsikan di sini. Sebenarnya banyak lagi tempat yang penuh dengan misteri. Tempat begini merupakan peninggalan sejak zaman berkurun lagi yang menjadi tempat kegemaran makhluk halus.