Friday, 22 June 2012

KISAH DAN AMALAN BULAN SYAABAN



Hari ini iaitu 21 Jun 2012 bersamaan 1 Syaaban 1433 Hijrah, pejam celik pejam celik dah masuk bulan syaaban. Sempena bulan syaaban tahun ini aida nak share apa cerita dan kelebihan disebalik bulan ini yang kadangkala kita kurang mengambil tahunya. 

Syaaban bermaksud : bercerai-berai/berpuak-puak/berpecah-pecahkerana pada bulan itu masyarakat Arab terpaksa berpecah-pecahuntuk mencari air disebabkan kemarau yang panjang.

1. Malam Nisfu Syaaban



"Telah datang Jibril a.s pada malam nisfu syaaban dan berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit"

Soal Nabi Muhammad SAW kepada Jibril a.s : "Hai Jibril apa ertinya malam ini? Dia (Jibril a.s) menjawab : "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka akan permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, orang-orang yang suka mengadu domba, dan orang yang memutuskan tali persaudaraan sehingga mereka bertaubat barulah Allah mengampuninya"
Nabi Muhammad SAW mendengar kata-kata Jibril a.s itu terus baginda mengerjakan sembahyang serta menangis memohon supaya Allah memberi perlindunganNYA. 

2. Penukaran Arah Kiblat



Sebelum perintah solat diwajibkan, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis, pada ketika inilah kaum yahudi mempersendakan umat Islam kerana meniru agama mereka. Sehingga pada 15 Syaaban Allah SWT telah mewahyukan agar Nabi Muhammad SAW berkiblatkan Baitullah Kaabah

3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi')





Bani Mustaliq salah satu puak kaum yahudi yang telah merancangingin membunuh Nabi Muhammad SAW, peperangan itu berjaya dipatahkan oleh tentera muslimin. Sebahagian dari kaum Bani Mustaliq telah berjaya ditawan termasuklah puteri pemuka Bani Mustaliq iaitu Barrah. Saat ini ramai Bani Mustaliq telah memeluk Islam dan terpadam segala dendam permusuhan dua kaum ini. 

Amalan-amalan yang boleh dilakukan di bulan Syaaban :

1. Memperbanyakkan puasa sunat seperti dijelaskan bahawa Rasulullah SAW gemar berpuasa sunat dalam bulan syaaban. 

"Didalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda "Barangsiapa berpuasa selama tiga hari permulaan dan akhir syaaban maka Allah SWT mencatat pahala 70 Nabi, atau  seperti orang yang beribadat sepanjang 70 tahun dan apabila ia mati ditahun itu ia akan mendapat pahala mati syahid"



2. Banyakkan berdoa, berzikir dan berselawat keatas Allah SWT dan Rasulullah SAW. 

"Sabda Rasulullah SAW "Barangsiapa yang mengagungkan bulan syaaban, bertaqwa kepada Allah SWT serta menahan diri dari perbuatan maksiat maka Allah SWR mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya didalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit"





3. Bertaubat dan beristiqhfar

Sabda Rasulullah SAW : "Manakala masuk bulan syaaban, sucikanlah dirimu dan perbaiki niatmu"




p/s : Salam syaaban marilah kita menuju kearah kebaikan :)

No comments:

Post a Comment