Thursday, 28 June 2012

Kisah Seram Penginapan Villa Nabila

Sebuah rumah penginapan yang dikatakan milik sebuah keluarga dikatakan agak menyeramkan. Rumah yang dikenali sebagai Villa Nabila ini mempunyai versi cerita yang tersendiri.
Dakwat Habis -Kisah Seram Penginapan Villa Nabila .Tempat ini dikatakan agak menyeramkan. Jom ikuti beberapa versi cerita mengenai tempat ini, Villa Nabila :
Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.
Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.



Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.
Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.
Versi #5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.
Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari,maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh.Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.
Versi #6 - Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut. Cerita lanjut korang boleh baca kat forum Cari.
Melayukini.net - Menurut sumber, mereka pun tidak pasti mana satu versi yang betul, tapi kalau anda ada cerita pasal tempat ini, boleh kongsikan di sini. Sebenarnya banyak lagi tempat yang penuh dengan misteri. Tempat begini merupakan peninggalan sejak zaman berkurun lagi yang menjadi tempat kegemaran makhluk halus.




Germany Atau Italy?

Italy atau Germany?... Aduyai dua2 pasukan pilihan aku lak tue...aisey dalam dilema betol..aku minat Italy dari zaman Sekolah Menengah lagik..tp aku gak minat permainan Germany sejak Piala Dunia 2010 dulu...Kalah menang dua2 team aku tetap pergi Akhir...huhuhu

7 Cara Kempiskan Perut Buncit

1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.
4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.
5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
Selamat mencuba!

Wednesday, 27 June 2012

Sejarah Daerah daLam Negeri Johor Darul Ta'zim


Artikel Holistik KENALI JOHOR ini diterbitkan pada Ogos 2007. Menyingkap kembali sejarah perkembangan 8 buah daerah di Johor iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, Pontian, Kluang, Muar, Batu Pahat dan Segamat. 

Daerah di Johor bertambah menjadi 10 buah daerah pada tahun 2008 apabila Ledang dan Kulaijaya diisytiharkan sebagai daerah baru pada 9 Jun dan 21 Jun oleh Almarhum Sultan Iskandar. 










Aku bangga jadi anak Johor...
Credit : Siswa Anak Johor

Tuesday, 26 June 2012

PicNiC yaNg PaNiC at Pantai Batu LaYaR

Assalammualaikum...
Aku di kala jam menunjukkan jam panjang tepat ke pukul 12 dan jarum pendek ke pukul 2...bermakna pukul brapa tue sendiri taw yup haha...aku baru jer  kira2 setngh jam selamat smpai Home Sweet Home Segamat dari rumah tunang kesygan aku kat Kg. Kong-Kong Laut, Masai...sebelum gerak balik sempat berborak gan ayahanda tunangku...borak punyer borak xsedar dah pukul 10 mlm...hehe...emak tunang aku gan tunang aku duk tunggu kat makan sambil memerhatikan aku duk khusyuk borak gan abah tunang aku...hihihi.. 
Cerita aku nak kongsi bersama pembaca blog Dakwat Habis nie bukan nya penting pun mcm maklumat2 sebelum nie tapi bagi ku nie satu kenangan abadi yang tak dpt dilupakan smpai bila2...haha...seronok giler dpt picnic ramai2 kat Batu Layar, Johor pada 24hb Jun 2012...nie kali ke-2 kami semua wat picnic dan kali nie paling havoc sbb ada mcm2 acara yg besh...sebelum tue aku ceciter skit pasal Pantai Batu Layar nie...xkurang cantik gak mcm di  pantai di negeri Johor yg lain...
Batu Layar adalah pantai yang agak terpencil terletak agak dekat dengan Desaru, dalam daerah Kota Tinggi. Pantai Batu Layar adalah tempat yang bagus tenang di mana anda boleh menikmati berkelah yang selesa, pergi untuk berenang cepat atau menikmati permainan bola tampar pantai.Secara relatifnya berbatu di kawasan tertentu, batu-batu yang menonjol yang ditemui di sekitar pantai Batu Layar mewujudkan suasana yang menarik dan indah foto percutian anda. anda boleh melawat kampung Melayu berhampiran atau hanya bersantai ingkar, lulled ke tidur cepat oleh angin pantai yang sejuk. - sebenarnya ayat nie dalam English Education tapi bile dah di Google Translate kan jadi ayat mcmnie...haha
Signboard Batu Layar
Ok sekarang aku nak kongsi kepada semua... perkara2 panic dlm picnic...haha bukan panic apa pun...panic memasing nak bergambar sakan...hehe






























































Kenangan bersama korang semua xkan dilupakan...lama beb aku xmandi air laut sejak last gan member2 keje aku mandi kat pantai Irama,Bachok, Kelantan tahun 2005...apa2 pun art doakan semua bebaik da n hepi2 yup..insyaallah ada kesempatan masa lagik kiter bleh picnic sama2...hehe
Credit to : My Love Fiancee Cik Ain , Eyra , Anas , Nadya , Sham , Ieyma , Kenith , Emie