Friday, 30 November 2012

Orang Pertama...

‎1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.


3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.
.
5…Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6….Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. ..Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14… Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16. …Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18…. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20…. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22… Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. ….Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25… Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27… Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29…Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA

30. … Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW

Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku… baca dan hayatilah.. sebarkanlah… semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah..

Sumber : Darul Ulum Al-Islamiyyah ( jom LIKE )

Assalammualaikum... Salam Maal Hijrah...

Waser dah lama aku x meng'update' blog aku nie... al-maklum la aku nie ikut mood gak nak menaip nie..hehe bukan senang nak dpt ilham... alhamdulillah pejam celik tido mangun keje makan... dah nak penghujung tahun 2012 pun.. waser mcm beberapa hari jerk pas 01/01/2012 dulu... nie sok dah jumpa 01/12/2012... dah nak masuk 11 bulan pun hubungan kasih sayang aku gan tunang aku, Nur Ain Binti Samsudin... lagi beberapa bulan kami bakal di satukan... insyaAllah tahun depan cuti semester sekolah.. cer teka.. haha..
erm nak citer la.. gah duk layan nak tido semalam.. tiba2 mesej masuk kat hanset maxis aku... hehe ingatkan cintahati aku belum tido lagi rupa-rupanya mesej dari sahabat lama time sekolah menengah dulu...haha sape lagi my bestfrenz Rosilawati... hehe pas SPM tahun 2002 dulu..aku gan member2 baik aku dah xdpt nak selalu jumpa... tapi last kami wat renioun pun awal bulan 1 tahun nie gan Asyraf, Raja Shila,Haza, Fadzly (Suami Haza)... nie gah mesej2 gan Ros.. tiba2 dia bleh bgtau aku yang dia dah bertunang bulan Oktober baru2 nie.. pergh punyer nya aku nak merajuk kan xajak.. pas explent dia bgtau dia bertunang sangat2 simple.. mana x nya x bleh mikir aku hari jumaat cari barang2 hari sabtu rombomgan Cik tunang Abrar dtg... hahaha mmg sempoi la kan.. apa2 pun aku sebagai kawan baik kau Ros.. dan mewakili gak Cik Cintahati tunang aku, Ain ingin mengucapkan selamat bertunang dan menempuh dugaan sepanjang tempoh pertunangan nie yup.. aku harap kau gan Abrar sama2 bersabar dan kami doakan kebahagiaan korang sehingga ke jinjang pelamin... nie ros send aku gambar2 special katanya hanya aku sorang jer yang dpt.. wahh bangganya beb.. thanks bebanyak ros...

 My Bestfrenz...
 Sebahagian Hantaran...
 Keluarga Abrar...
Pasangan romantis... hehe 
Haha Ingat lagu Teman Sejati.. ingat la aku yer... hehe zaman sekolah 2002